Rabu, Disember 17

Doa Awal Pagi

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ .
Ya Allah Engkaulah Penguasa Langit dan bumi
Ya Allah kami merafakkan kesyukuran di atas keizinan-Mu untuk kami meneruskan perjuangan hidup pada hari ini dengan penuh kenikmatan dan kesejahteraan . Kami juga bersyukur kerana Engkau mengizinkan kami menghadirkan diri , emosi dan roh kami sehingga dapat menyempurnakan tugasan dan amanah kami dengan jayanya pada hari ini .
Ya Allah Tuhan yang memudahkan segala urusan,
Justeru kurniakanlah kami kecintaan keinginan dan kecenderungan bekerja dengan penuh iltizam dan dedikasi untuk mencapai kecemerlangan.
Kurniakanlah kepada kami kesatuan hati dan perasaan dalam mengurus dan mengemudi organisasi kami ke arah perkhidmatan yang cemerlang,
Kurniakanlah kami kekuatan kesatuan ashabul kahfi , sehingga kami mampu menunaikan segala tanggungjawab dan amanah menerusi kerja berpasukan ,
Suburkanlah hati-hati kami dengan berbaik sangka ,berlapang dada, bantu membantu, sokong mendokong rakan seperjuangan kami sehingga kami dapat menyelesaikan sebarang permasalahan yang timbul.
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْن

1 ulasan:

  1. Doa ketika matahari nak naik:

    بسم الله الرحمن الرحيم

    Ya Allah Ya Tukanku, segala puji bagi-Mu yang menjadikan hari ini baik, dinaikkan matahari daripada tempatnya. Ya Allah terangilah hatiku dengan cahaya petunjuk-Mu seperti Engkau terangi alam ini dengan cahaya matahari-Mu selama-lamanya dengan Rahmat-Mu. Ya Allah selesaikanlah segala urusan-Ku pada hari ini serta permudahkanlah Ya Allah.

    BalasPadam

Terima kasih!